Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

Bonjour


" Be in love with your life. Every minute of it. "

shout here



Credits


© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

KEMUDA '13
Saturday, March 2, 2013 • 8:17 AM • 0 comments




Assalamualaikum. Hai semua *lambai tangan* Minggu lepas punya lepas saya pergi kem kat sekolah. Mula-mula rasa memang taknak pergi sebab malas sangat nak kemas baju whatever semua tulaah. Tapi last-last pergi jugak. Lepas pergi kem tu rasa macam siapa yang tak pergi kem ni sangat rugi. Cehh.

Masa hari pertama tu petang pendaftaran. Hehe, masa nak pergi kem tu taktau kenapa saya yang paling awal sampai dari kawan-kawan saya sedangkan saya yang malas nak pegi? Kahkah. Masa saya sampai tu duduk dalam kereta je. Taknak keluar. Nak tunggu diaorang. Lepas pendaftaran tu solat maghrib pulak. Lepastu ade slot, solat isyak daaann.... MAKAN. Pastu ade slot 'Kerana diriku begitu berharga' lepastuuu... alamak lupa lah pulak. Malas nak pergi cari tentatif xD Okay saya ade gambarnya. Nah nah, amek tengok.


yang kat atas ni time pendaftaran :D


yang ni pulak time slot lepas maghrib. Haha, langit bumi. Kay.

Okay, nak tau tak kiteorang ade lagu tema? Hahhaha, best lagunya. Tajuk dia stand up. Aiceceh~ Lepastu hari kedua lak kiteorang ada explorace, slot, bersenam, berlari..... dan sewaktu dengannya. Mase explorace tu sangat best. Saya paling ingat game "I break my limit" letak belon yang berisi air lepastu letak atas kepala jerit kuat-kuat 'i break my limit' banyak kali. Pastu pecahkan. Habis basah baju, tudung semua. Hehe, yang bestnya kumpulan saya yang menang explorace :D Alhamdulillah. Lepas explorace tu ade slot. slot 'nangis- nangis' haha lol. Lama betul kena 'basuh' dengan abang yang motivasikan kiteorang tulah. Gila betul. Di tunjuk vid yang sampai sekarang menghantui saya. Serik betul nak pegi kem. Ceceh. Gambar? Malas nak upload. Lambat bukan main. Menyampah. 

Malam tu, kiteorang ada main permainan. BEST GILESS! Dia bagi tajuk "Faktor remaja zaman sekarang rosak" gitu kot. Kumpulan saya jadi  remaja. So kiteorang kena mempertahankan remaja. Haha, lastlast yg terdiam? Kerajaan. Kahkahkah. Lepastu, tiba-tiba Akhi Firdaus cakap perempuan kene tidur kat dewan, lelaki tidur kat surau. Time tu saya dah rasa lain macam je. Kiteorang tidur pukul 12 lebih. Bangun pukul 2 pagi. Tak gila kau. Seriously memula ingatkan time tu pukul 5 or 6 gitu. Memang ngantuk tahap gaban lah kan. Time ngantuk tu amik wudhu'. Lepastu fasi suruh kiteorang tutup mata guna kain. Time tu memang berdebar gila. Pastu jalan sambil tutup mata. Ramai-ramai. Seram~! Lepastu kiteorang diberhentikan kat satu tempat. Mula-mula memang tak dapat expect kat mana. Bunyi pintu tertutup terbuka ditiup angin. Pastu, lantai bersimen. Memula ingatkan kat padang. Oh tak tak. Imposibble. Dah lama tu tetiba terpijak satu lubang kecil. Okay, terus dalam kepala otak 'ni kat tapak perhimpunan'. Haha. Pastu dia banyak tanye soalan, kena kedepan kebelakang. 

Lepas dah habis tu dia suruh buka kain yang kat mata tu. Kami semua buka. Lepastu Akhi Firdaus ada cakap, cakap, cakap, cakap..... Pastu suruh solat sunat taubat kat situ beralaskan kain yang kiteorang pakai tu. Lepas solat terus naik masuk dorm. Tidur. Kiteorang tak Qiam pun. Penat sangat. Kiteorang tidur time tu pukul 4 lebih. Sedar-sedar pukul 6. Kay, best.

Pada hari seterusnya, hari ketiga kiteorang ade slot, pastu ape ekh. Lupalah. Paling ingat part kemas barang nak balik. Hahaha, *kejam seh aku.* Mase nak balik tu ade sedikit tazkirah dari Ustaz Hishamuddin. Pastu nyanyi lagu tema. *Oh you stand up say it together, non enters paradise save a true believers.....* Lalala~ Hehe. Pastu makan dan balik. Weheee~ 

Okay, sampai disini saja nukilan saya. *mak aih ayat* Papepun saya enjoy kat kem tu. Seronok dapat kenal dengan kakak-kakak fasi. Saya rindu diaorang especially kak Huda :') Kalau ade jodoh jumpa lagi. Hehe, bye assalamualaikum :)










|