Bonjour
![]() " Be in love with your life. Every minute of it. " shout here ![]() Credits ![]()
| Cuti sekolah
Assalamualaikum. Hello Earthlings!
Cuti dah mulakan? Hampir seminggu dah dakdak sekolah cuti. Tapi tapi tapi dakdak espiyem belum cuti lagi. Wakakaka (ketawakan dak spm tahun depan diaorang tak sekolah dah kau yang sekolah) Kayy.......... Cuti ni saya buat apa? Masa sabtu, ahad, isnin and selasa lepas saya pergi holiday. Dalam Malaysia je. Belum ada rezeki nak ke luar negara. Doakan saya ada rezeki nak ke luar negara. Belajar kat sana....... Wewewewee. Act, saya ni suka lari dari tajuk. Okay straight to the point.
Sabtu
Saya bergerak ke Kuala Lumpur pada pukul 10 dan telah sampai pada pukul 5. Jeng jeng jeng, awat lama sangat? KL ngan Johor dekat je. 4 jam dah sampai *rolleyes* Act, biaselah berhenti makan, solat, dan sebagainya. Tu yang lama sampai 7 jam. Erk?! Okay baru perasan lama. Hahaha. Okay gi KL tu sebenarnya pegi majlis nikah cousin ku yang comel, kak Acim. Hee, majlis bermula pada pukul lepas asar dan berakhir pada pukul 6. (Ada eh pukul lepas asar?) Then pergi makan makan makan makan.
Félicitations!
Ahad
Time ni pulak saya pergi majlis walimatul urus kak Acim. Kaler turqoise pink. Ahhhhhh, kaler favouritooo tu. Nanti kawin terpaksa lah carik kaler lain. ERK? Abaikan. Masa dah sampai dewan tu saya ternampak photobooth! Andd ape lagi kan..... BERGAMBAR laah. Haha, jakun gila puih. Pastu ade candy bar. Saya rembat mashmellow je kat situ :p
okay, ni candy bar. Comel gila.
Lepastu malam tu kiteorang satu family pergi icity. Haha, best. Korang mesti dah pernah pergi kan? Tapi rasa macam takde feel gi sana sebab time tu pergi dengan dalam keadaan mengantuk + penat. Mana taknya pergi pukul 12 malam. Tak gila kau.
Isnin
Isnin pulak pergi Petaling Street and Central Market. Lepastu jalan jalan pusing KL. Paling best kat Petaling Street ahh. Beg dia jangan cakap ahh, lawa gilaa. Rugi tak kesana. Kahkahkah, buat habis duit je. Lepas ke Petaling Street pergi ke Central Market a.k.a Pasar Seni. Jalan kaki je. Bukannya jauh sangat pun. Kat situ pun manyak gila woo barang. Button badge, bag, keychain, frame, guitar, dan sebagainya. Finally saya beli gelang and bag je. *Sobs sobs*
*kihkihkih*
Lepas puas berjalan di Central Market tu nak ke tempat parking kene lalu Petaling Street balik. Jalan, jalan, jalan tiba-tiba........... Banjir T.T Ramai gila stuck kat situ. Lelagi pelancong. Tempat parking jauh, hujan and then banjir. Ujian, ujian. Pastu terpaksa lalu jalan jauh nak elak dari banjir tu. Melintas sana, melintas sini dengan saya yang pakai skirt ni lari sana lari sini. Huwaaaaaa. Tapi alhamdulillah, sampai gak kat tempat parking. Gua memang basah lencun ah time tu. Kasut, stokin, handsocks, ahh semualaah basah. Lepastu terus balik ke kampung. Weee, lama kot tak balik kampung.
Haa see? Time ni dah lepas dari banjir. Wakaka
Selasa
Kat kampung jelah. Lepak, tengok tv, masak....... *tangan dibahu, mata ketas* Dah petang sikit tu terus balik Johor. Sampai Johor dalam lebih kurang pukul 10 malam kot. Hahaha, sampai rumah takde maknanya nak tengok jam. Dah nampak katil depan mata apalagi....... Tidurr.
Okay tu je. Bosan kan? Hahaha, sekurang-kurangnya dapatlah jalan jalan. Btw, hari rabu esoknya tu saya dan rakan-rakan (Yasmin ngan Effa je kot) pergi rumah Wani. Lepak-lepak, main ngan sugar glider, tengok movie Highland Tower dan lain lain. Maklumlah rindu kekawan. Cuti lama ni beb. Tapi kiteorang lepak berempat je. Lagi 5 orang tu busy. Kui kui.
Eh eh eh, result PMR tak lama lagi dah nak keluar. So guys, doakan saya okay. Tadah tangan.....
Bismillahirrahmanirahim, Ya Allah kau berilah kejayaan dan kebahagiaan Nur Arfa di dunia & akhirat. Permudahkanlah segala-galanya untuk Nur Arfa. Berilah Nur Arfa dan rakan-rakannya keputusan yang cemerlang dan terbilang didalam PMR. Amin.
Sampai sini jelah dulu kot. Bila bila sambung lagi (bila lahtuu) Okay byee.
Wassalam.
|
0 Comments:
Post a Comment